Halaman


Sabtu, 31 Maret 2012

Tokoh-Tokoh Terbaik di Dunia

Nabi Muhammad s.a.w. 


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: Surah Al-Anbiya, ayat 107 Add caption "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."  


Yesus Kristus

 
Jesus Christ (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus Kristus", dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumuran Minyak" (Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar sebagai "Yesus Kristus". Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Pembaptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Yesus. Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.  

Gautama Buddha

Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka. Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak akan tidak puas hati dengan kehidupan yang sedia kerana ramalan Asita. Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhārtha mungkin menyebabkannya menjadi sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang yang dilahirkan akan menjadi tua, sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang suci apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesusahan dalam kehidupan. Siddhārtha cuba menyekat hawa nafsunya dan belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi tidak mencari penyelesainya untuk kesusahan dalam kehidupan walaupun kemampuannya sudah melebihi gurunya. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehnya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Tengah", iaitu jalan yang tidak menyeksa diri atau menjadikan diri leka dalam hawa nafsu. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada semua orang di bahagian utara timur India.

Confucius
Confucius (Bahasa Cina: Kong Fuzi, Kong Fu Tze, 孔夫子, atau Kongzi, 孔子; (551 - 479 SM)) merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di China. Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada Eropah oleh Jesuit Matteo Ricci yang merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama Latin kepada beliau. Analeks merupakan sebuah koleksi ringkas mengenai siri perbincangan dengan pengikut-pengikutnya, dan disusun selepas kematian Confucius. Ia mengandungi gambaran keseluruhan ajarannya.

Christopher Columbus
Christopher Columbus (14511—20 Mei, 1506) adalah pengembara dan pedagang yang menyeberangi Lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat pada tahun 1492 di bawah bendera Castilian Sepanyol. Dia percaya bahawa bumi adalah sebuah sfera kecil, dan mendakwa bahawa sesebuah kapal dapat sampai ke Timur Jauh melalui laluan arah barat. Columbus bukanlah orang pertama sampai ke Amerika, yang dia dapati sudah diduduki. Dia juga bukan orang Eropah pertama yang sampai ke benua itu kerana sekarang telah diakui secara meluas bahawa orang-orang Viking dari Utara Eropah telah melawat Amerika Utara pada abad ke-11 dan mendirikan koloni untuk tempoh yang pendek, L'Anse aux Meadows. Terdapat andaian bahawa pelayar yang tidak dikenali pernah melawat Amerika sebelum Columbus dan membekalkannya dengan sumber untuk kejayaannya. Terdapat juga banyak teori mengenai ekspedisi ke Amerika oleh pelbagai orang sepanjang tempoh masa; lihat .

Albert Einstein
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori". Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.


Louis Pasteur
Louis Pasteur (27 Disember 1822 – 28 September 1895) ialah seorang ahli kimia berbangsa Perancis yang masyhur kerana kejayaan cemerlang beliau dalam mikrobiologi. Eksperimen-eksprimen beliau mengesahkan teori kuman penyakit, yang juga mengurangkan kematian akibat demam kelahiran anak. Selain itu beliau mencipta vaksin pertmaa untuk penyakit anjing gila. Beliau paling dikenali ramai kerana menunjukkan cara menghalang susu dan wain daripada menjadi masam - maka nama proses ini dinamakan pempasteuran. Belaiu dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pelopor bakteriologi, bersama dengan Ferdinand Cohn dan Robert Koch. Beliau juga melakukan banyak penemuan dalam bidang kimia, terutamanya ketidaksimetrian hablur.

Galileo Galilei
Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains. Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains". Kerja ujikajinya telah dianggap sebagai pelengkapa kepada karya-karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berbetulan dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya Aristotle. Konfliknya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam bidang sains di masyarakat Barat.

Euclid
Euclid (disebut /”ju:klɪd/ EWK-lid; Greek: Εὐκλείδης Eukleidēs) juga dikenali sebagai Euclid dari Iskandariah dan digelar "Bapa Geometri", ialah seorang ahli matematik Yunani Purba yang dilahirkan pada 300 SM. Beliau aktif di Iskandariah ketika era pemerintahan Ptolemy I Soter (323-283 SM). Karya beliau Elemen merupakan karya yang paling berpengaruh dalam sejarah Matematik, dijadikan buku teks utama dalam pengajaran matematik (terutamanya geometri) dari masa penerbitannya sehingga lewat kurun ke-19 atau awal kurun ke-20. Dalam Elemen, Euclid mendeduksi prinsip yang kini dikenali sebagai geometri Euclid dari set kecil aksiom-aksiom. Beliau juga menulis karya tentang perspektif, keratan kon, geometri sfera, teori nombor dan rigor. Nama "Euclid" ialah versi yang diinggeriskan untuk nama Greek (Εὐκλείδης — Eukleídēs) yang bermaksud "kemenangan hebat".


Charles Darwin
Charles Robert Darwin (12 Februari 1809-19 April 1882) adalah seorang naturalis British yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi. Cerapan-cerapan biologi selama lima tahun (27 Disember 1831-2 Oktober 1836) di atas kapal HMS Beagle menyebabkannya menyelidiki transmutasi spesies dan mengembangkan teori pemilihan semula jadi pada tahun 1838. Bukunya bertajuk "Mengenai Asal Spesies Melalui Pemilihan Semula Jadi" yang diterbitkan pada tahun 1859 mengasaskan evolusi melalui keturunan yang sama sebagai teori pempelbagaian di alam semula jadi yang paling berpengaruh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar